Skip to Content

News and Events

CREANOVA 2013 – APRESIASI FIRMA MyKe

 

Tarikh : 25 Februari 2013
Tempat : Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan program MyKe 2011-2012 yang merupakan salah satu langkah intervensi oleh Kerajaan khas bagi firma-firma yang mengambil bahagian dalam Kajian Kandungan Pengetahuan dalam Sektor Ekonomi Utama MyKe Fasa I (2003 ) dan MyKe Fasa II (2007).

CREANOVA 2013 – APRESIASI FIRMA MyKe ini dianjurkan dengan tujuan meningkatkan kepercayaan rakyat kepada program-program intervensi yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan serta menghargai kejayaan firma-firma MyKe yang terlibat disamping menghargai usaha yang telah dilakukan oleh semua firma yang terlibat.

Majlis ini bertujuan bagi membolehkan firma-firma mendapat perkara berikut:-:

  • Sijil Penghargaan Penyertaan Program Intervensi MyKe.
  • Perkongsian pengalaman dan amalan terbaik hasil daripada menyertai program intervensi MyKe.
  • Perbentukan Community of Practices (CoP) di kalangan firma MyKe, tanda aras dan ahli-ahli dalam Malaysia Productivity Innovation Class (MPIC).
  • Mengeratkan hubungan kerja antara firma-firma dengan agensi-agensi penganjur.